Thursday, 17 July 2014

Perisian dan perkakasan multimedia

1.0 Pengenalan.
Multimedia ialah satu perkataan yang biasa didengar pada masa ini dan sebenarnya ia sudah lama digunakan dengan meluasnya Cuma istilah ‘multimedia’ belum wujud lagi pada ketika itu. Pada hakikatnya, teks, grafik, audio, dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu maklumat tetapi ada ketika itu, elemen-eleman tersebut. Setiap media dibangunkan dan disampaikan sebagai unsur tersendiri dan secara berasingan. Ini menyukarkan proses kesepaduan di antara elemen-elemen. Masalah ini wujud disebabkan tiada teknologi untuk menyatupadukan setiap media atau pelbagai media. Kewujuan multimedia dapat membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Multimedia merupakan satu teknologi yang boleh menginterasikan pelbagai media untuk membentuk satu aplikasi yang lengkap. Multimedia merupakan satu perkataan yang mempunyai maksud yang berbeza bagi setiap individu. Perkataan ‘multimedia’ membawa maksud berkomunikasi dalam cara yang berbeza. Ini bermakna, sama ada anda perasan  atau tidak, sebenarnya anda telah pun membuat persembahan multimedia. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang multimedia, adalah sangat penting untuk mendefinisikan multimedia dengan jelas.
  2.0 Definisi multimedia.
Perkataan multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium. Multi membawa maksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih daipada sutu media wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media pula merujuk kepada alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat separti teks, grafik, audio, video dan animasi. Secara amnya, multimedia adalah merupakan komunikasi melalui lebih daripada satu cara.sebagai contoh, satu komputer digunakan untuk memain dan memaparkan maklumat daripada satu aplikasi courseware yang menggunkan grafik dan teks untuk mempersembahkan maklumat. Apabila terdapat sebarang masalah, satu bunyi beep akan kedengaran. Aplikasi courseware ini menggunakan kombinasi tiga media yang berbeza iaitu teks, grafik dan audio. Justeru, aplikasi courseware ini dipanggil persembahan multimedia.
Terdapat pelbagai definisi untuk multimedia. Di antara definisi-definisi tersebut ialah:
·         Jacquetta megarry(1990)
Multimedia ialah hypermedia yang berkeupayaan hiperteks iaitu penekanan diberi kepada cara-cara menggabung, menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian komputer dengan penggunaan tetikus.

·         Waterworth(1992)
Multimedia ialah persepaduan bunyi, muzik, animasi, teks, suara,video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi berasakan komputer.

·         Rosenberg(1993)
Multimedia sebagai gabungan imej statik, bunyi, grafik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan teknologi komputer. Multimedia juga ialah suatu kumpulan ahli teknologi merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama sendiri.

·         Gayeski(1993)
Multimedia sebagai suatu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yang berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar, dan menerima informasi berasakan teks, grafik, audio, dan sebagainya.

·         Ron white(1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad audio dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat.

·         Halimah badioze zaman
Multimedia sebagai kesepaduan di antara pelbagai media; teks, numeric, grafik, imej, video animasi dan suara dalam persekitaran digital, disamping mempunyai keupayaan interaktiviti bagi membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan.

·         ISO14915(2001)
Antaramuka pengguna yang mengintegrasikan dan menyeragamkam media (media static seperti teks, grafik, dan media dinamik seperti audio, animasi dan video).

·         Aplikasi multimedia
Aplikasi yang dibangunkan dengan menggabungkan koleksi pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dan mempunyai ciri-ciri interaktiviti.

Daripada definisi-definisi yang diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa multimedia adalah satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video, dan animasi dalam satu persekitaran digital yang mempunyai ciri-ciri interaktiviti.
3.0 Perkakasan multimedia.
Apabila membincangkan mengenai perkakasan multimedia,ianya secara tidak langsung melibatkan beberapa komponen utama seperti sistem komputer serta perkakasan asanya dan juga perkakasan tambahan yang berkaitan dengan teknologi multimedia itu sendiri.
Kitaran IPOS adalah kependekan bagi perkataan input, proses, output dan storan. Ini disebabkan kesemua peranti ini terlibat secara langsung dengan proses pembangunan aplikasi multimedia tidak kira sama ada ianya melibatkan pembangunan perisian kursus multimedia, perisian aplikasi multimedia, animasi, audio, video dan juga web.
3.1 Komputer

komputer merujuk kepada komputer mikro yang biasa kita gunakan dalam banyak aktiviti harian. Sistem komputer ini beroperasi berasaskan pemproses mikro dan mempunyai papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan dan peranti storan. Kebanyakan komputer adalah berasaskan kepada sistem windows dan ini selari dengan keperluan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, di sesetengah organisasi terutamanya organisasi yang berasaskan penerbitan, percetakan, grafik, dan multimedia, sistem berasaskan Macintosh lebih digemari. Ini adalah kerana system tersebut dikatakan sesuai untuk operasi-operasi kerja berasaskan bidang penerbitan, pencetakan dan juga multimedia.
3.2 Pembesar suara(Speaker)


Pembesar suara ialah menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Pembesar suara pada peralatan elektrik adalah seperti radio, televisyen, dan lain-lain. Nilai suara yang dilabelkan dengan nilai mpedans(ohm), nilai kuasa(watt) dan diameter kon. Bahagian pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, teras besi, gegelung, kerangka dan tamatan.
3.3 Tetikus(Mouse)

Tetikus ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Tertikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap(window). Tertikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan aturcara penerbitan meja. Apabila tertikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tertikus tersebut berada.
3.4 Tablet grafik(Drawing table)
 
Drawing table adalah perangkat keras(hardware) atau input device computer yang membolehkan pemakainya untuk menggambar dengan tangan dan memasukkan gambar atau sketsa langsung ke komputer, layaknya menggambar di atas kertas menggunakan pensil. Sebuah graphic table terdiri dari tablet digital dan sebuah kursor ataupun sebuah pena digital (pen). Tablet digital memiliki permukaan yang pipih sebagai alas gambar yang terdiri atas perlengkapan elektronik yang dapat mendeteksi gerakan kursor atau pena digital kemudian menerjemahkannya menjadi sinyal digital yang dikirim langsung ke komputer. Setiap titik atau gerakan pada tablet merepresentasikan titik atau gerakan pada layer monitor, inilah yang membedakannya dengan fungsi mouse yang tergantung pada letak kursor. Hasil gambar tidak akan terlihat pada tablet itu sendiri, melainkan pada monitor komputer.
3.5 Mikrofon(Microphone)

Mikrofon adalah untuk mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektrik. Gelombang elektrik yang terhasil ditinggikan oleh amplifier dan ditukarkan kepada gelombang bunyi oleh pembesar suara. Binaan mikrofon terdiri daripada traduser, litar elektronik dan penghadang angin.
3.6 Pencetak(Printer)


Printer adalah suatu alat yang disambung ke paranti komputer dan mencetak hasil kerja komputer baik berupa teks, gambar ke media kertas atau seumpamanya. Proses tersebut diperintahkan oleh komputer dan dikeluarkan melalui selari port untuk melaksanakan tugasnya iaitu mencetak.
3.7 Pengimbas(Scanner)

Peranti pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, lukisan, dan gambar foto dalam bentuk konvensional kepada bentuk digital yang difahami oleh komputer. Pengimbas menggunakan pancaran laser dan peranti foto elektrik untuk mengimbas teks dan grafik. Hasil imbasan ditukarkan kepada maklumat digital yang difahami oleh komputer. Imej yang telah melalui proses imbasan ini kemudiannya akan di manupulasikan mengikut rasa agar menepati konsep atau kegunaan sesebuah aplikasi multimedia yang hendak dibangunkan. Terdapat beberapa jenis pengimbas yang utama dan setiap satu memainkan perana yang berbeza.

4.0 Perisian komputer.
4.1 Adobe flash


Adobe Flash (Macromedia Flash) adalah salah satu perisian komputer yang merupakan produk pilihan Adobe Systems. Adobe Flash digunakan untuk membuat gambar vektor dan animasi gambar tersebut. Fail yang dihasilkan daripada perisian ini mempunyai file extension. Swf dan boleh dimainkan di pelayar web yang telah dipasang Adobe Flash Player. Flash menggunakan bahasa pengaturcaraan bernama ActionScript yang muncul pertama kalinya pada Flash 5.
4.2 Autodesk maya

Autodesk maya biasanya dipendekkan kepada Maya, adalah komputer 3D perisian grafik yang digunakan pada Windows, Mac OS dan Linux, asalnya dibangunkan oleh Alias sistem Corporation(alias wavefront) dan kini dimiliki dan dibangunkan oleh Autodesk, Inc. ia digunakan untuk mencipta aplikasi 3D interaktif, termasuk permainan video, filem animasi, siri TV atau kesan visual.
4.3 Blender

Blender adalah produk perisian grafik komputer 3D yang percuma dan sumber terbuka yang digunakan untuk mencipta filem animasi, kesan visual, seni, 3D model bercetak, aplikasi 3D interaktif dan permainan video. Ciri-ciri blender termasuk model 3D, UV simulasi membuka bungkus, penteksturan, dan sebagainya. Ia juga mempunyai enjin permainan yang terbina di dalamnya.
4.4 3D Studio max


3D studio max(3ds max atau MAX) adalah satu program grafik komputer 3D untuk membuat animasi 3D, model dan imej. Ia dibangunkan dan dihasilakan oleh autodesk media dan hiburan. Mempunyai seni bina plunging yang fleksibel dan bleh digunakan pada platform Microsoft Windows. Ia sering digunakan oleh pemaju permaninan video, studio TV komersial, dan studio senibina visualisasi. Ia juga digunakan untuk kesan filem dan filem dan filem pra-visualisasi.
4.5 Seni ilusi(Art of illusion)


Seni ilusi adalah satu pakej perisian yang digunakan untuk model 3D, perteksturan, mengesan sinar dan animasi(filem). Seni ilusi mempunyai ciri-ciri seperti pemetaan tekstur dan pemodelan Boolean, yang standing dengan lain-lain perisisan grafik komersial yang tinggi. Sebahagian dari ciri-ciri seperti penggunaan pracetak dan alat muat turun yang terbina dalam untuk memasang sambungan yang tidak terdapat dalam perisian pemilik yang serupa. 
5.0 Peranan dan tanggungjawab pengurusan kerja.
Pada kebiasannya, perana dan tanggungjawab di dalam proses pembangunan projek multimedia terdiri daripada beberapa tugas seperti merancang, merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai sesuatu produk multimedia. Dalam sesuatu projek multimedia ia akan diketuai oleh seorang pengurus projek atau penerbit dan dibantu oleh beberapa ahli yang lain seperti pengurus akaun, pengarah seni, pengurus ujian dan pengarah teknikal.
5.1 Pengurus projek atau penerbit
Pengurus projek atau penerbit merupakan seorang yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembangunan dan pelaksanaan sesuatu projek multimedia dari pembentukan asas  sesuatu konsep projek sehingga ke proses perlaksanaan. Ia juga perlu memastikan setiap fasa pembangunan berjalan mengikut seperti yang dijadualkan agar projek dapat diselesaikan dan diserahkan mengikut ketetapan dan perancangan yang ditetapkan.
Selain itu, pengurus projek juga berperana dalam penyediaan belanjawan, pengurusan sumber, perihal pekerja dan urusan undang-undang yang melibatkan urusan kontrak di antara kedua-dua pihak serta urusan hakcipta. Pengurusan projek harus memastikan setiap perbelanjaan perlu seimbang dengan belanjawan yang digariskan supaya projek tersebut memperoleh keuntungan kepada syarikat.
Seperti kebiasaannya, pengurusan projek juga akan menjadi pembuat keputusan dalam segala hal yang berkaitan dengan projek. Segala masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringakat pengarah lain akan dirujuk kepadanya untuk menyelesaikan konflik yang wujud di kalangan pekerja-pekerjanya kerana kegagalan menyelesaikan konflik tersebut akan mengakibatkan kerja berpasukan yang memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat tidak dapat direalisasikan.
5.2 Pengarah kreatif
Pengarah kreatif bertanggungjawab terhadap keseluruhan kualiti dan juga kesahan media atau sumber yang digunakan bagi tujuan pembangunan. Pengarah kreatif juga perlu membabitkan diri dalam semua perkara atau aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi multimedia terutamnya dalam memperkukuhkan proses reka bentuk agar sentiasa menepati mutu dan tahap yang dikehendaki. Walaupun pengarah kreatif mungkin tidak mempunyai hak sepenuhnya dalam membuat keputusan bagi menentukan reka bentuk yang akan digunakan kerana ia biasanya diletakkan dibawah pengawasan pereka bentuk antaramuka, namun sedikit sebanyak mereka perlu terlibat sama dalam projek secara berkmpulan.
5.3 Pengarah seni
Seorang pengarah seni adalah bertangggungjawab sepenuhnya di dalam kerja-kerja seni sesuatu projek. Ini adalah termasuk reka bentuk grafik dan karya visual lain seperti audio,video dan animasi. Pengarah seni harus memastikan bahawa karya seni yang digunakan adalah bersesuaian dan konsisten dengan kualiti serta dapat memelihara tema sesuatu projek itu. Pengarah seni bukan hanya memerhatikan kerja seni tersebut dilakukan oleh kakitangannya, tetapi juga harus sama-sama melahirkan idea-idea bernas dan kreatif.
5.4 Pengarah teknikal
Pengarah teknikal juga bertanggungjawab dalam membuat perancangan seperti pengurus projek dan pengarah seni namun ia hanya tertumpu dalam aspek teknikal sahaja. Beliau akan terlibat dari perancangan sehingga proses pengujian dan penyelenggaraan. Pengarah teknikal juga bertanggungjawab mengawal selia pengaturcara, perekabentuk pangkala data, perekabentuk berarahan dan penganimasi 2D atau 3D.
Pengarah teknikal perlu memastikan setiap perancangan berkaitan bidang teknikal berjalan mengikut perancangan dan sistematik untuk setiap fasa pembangunan projek multimedia. Setiap perisian dan perkakasan untuk pembangunan projek multimedia tersebut perlu memenuhi spesifikasi dan mampu menghasilkan projek multimedia yang berkualiti dan konsisten apabila dilaksanakan kelak.
5.5 Pereka grafik
Di dalam sesuatu pembangunan produk multimedia, pereka grafik berperana dalam menghasilkan keseluruhan keperluan visual seperti grafik, illustrasi dan fotografi. Setiap elemen visual perlu mempunyai keseimbangan dari aspek rekabentuk skrin, warna dan menepati konsep dan metafora sesuatu visual. Pereka grafik perlu berkerjasama dengan pengarah seni bagi menghasilkan sesuatu keperluan visual yang baik dan menepati spesifikasi projek multimedia yang dibangunkan seperti format, saiz, dan sebagainya bagi melancarkan segala proses diperingkat teknikal yang memerlukan penggunaan visual di dalam aplikasi
5.6 Pakar audio
Pakar audio atau bunyi merupakan seorang atau sekumpulan individu yang memainkan perana sebagai penerbit audio, jurutera audio, penyunting audio dan juga penyelidikan audio. Pakar audio bertanggungjawab dalam mencipta atau menyunting elemen audio seperti muzik, kesan bunyi, suara(vokal) dan juga suara latar yang diperukan. Mereka selalunya bertanggungjawab menggunakan khidmat profesional yang lain seperti pencipta lagu, ahli muzik, penyanyi ataupun penyunting lagu.
5.7 Pakar video
Pakar video merupakan seorang yang mampu mengendalikan peralatan video untuk merakam video yang bermutu dengan menggunakan pelbagai teknik penggambaran. Bagi menghasilkan sesuatu video yang berkualiti, pakar video perlu bekerjasama dengan juruteknik cahaya dan pakar audio. Ini kerana mereka akan memastikan video yang dirakam akan mengambil kira aspek pencahayaan dan audio iaitu cahaya yang diperlukan tidak melebihi atau kekurangan dari had yang diperlukan. Sekiranya perkara ini berlaku ia akan menjejaskan kualiti video yang dirakam. Audio yang kurang jelas akan menjejaskan kualiti video yang dirakam. Jadi pakar audio perlu bekerjasama dengan pakar video untuk menghasilkan video yang berkualiti. Selain itu, pakar video perlu berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
5.8 Pengaturcara
Pengaturcara merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam menulis kod aturcara atau bahasa pengarah(scripting) yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi multimedia menggunakan paparan pengguna(user interface). Pengaturcara akan menterjemah keperluan spesifikasi pengguna kepada kod aturcara untuk merealisasiskan keperluan tersebut dalam bentuk aplikasi multimedia. Di antara bahasa pengaturcaraan seperti C++, Java, Visusal Basic manakala bahasa pengarangan adalah Action Script, Lingo Script, Max Script dan sebagainya.
5.9 Penganimasi 2D dan 3D
Penganimasi 2D dan 3D berperanan dalam penghasilan animasi imej statik kepada  imej beranimasi atau mempunyai pergeraka dalam bentuk 2D atau 3D dimana kepakaran untuk kedua-dua bidang ini berbeza dengan penggunaan pelbagai perisian yang berada di pasaran. Setiap perisian animasi 2D dan 3D mempunyai kelebihan yang tersendiri untuk memenuhi keperluan projek.
Bagi menghasilkan animasi 2D atau 3D yang bermutu, penganimasi perlu mempunyai kepakaran untuk melukis dangan mengunakan perisian serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam teknik-teknik penganimasian. 
6.0 Kaitan antara perkakas dan perisian dengan produk multimedia.

Bagi membolehkan seseorang bekerja dengan elemen multimedia dengan lebih selesa, pengetahuan tentang sistem perisian dan perkakasan komputer amatlah diperlukan. Set asas peralatan untuk membangunkan projek multimedia mengandungi satu atau lebih sistem pengarangan dan pelbagai aplikasi pengedit untuk teks, imej, bunyi dan video. Beberapa aplikasi tambahan juga berguna untuk menangkap imej daripada skrin, menukar format fail dan memindahkan fail antara beberapa komputer. Perisian dalam perkakasan peralatan multimedia dan kemahiran menggunakannya menentukan kerja multimedia yang boleh dihasikan termasuk sejauh mana kualiti render yang baik dan menarik boleh dilakukan. Membina persembahan multimedia yang baik bermakna memilih laluan yang Berjaya melalui kebajiran perisian. Pembangun multimedia hendaklah memastikan peralatan pembangunan sentiasa dikemaskini apabila perisian baru atau persekitaran baru muncul. Ini bagi memastikan bagaimana sistem tersebut beroperasi dapat dikuasai pada peringkat akar umbi.
7.0 Ringkasan artikel.
Artikal yang saya dapat ini menceritakan betapa pentingnye perisian komputer yang kita pilih untuk kegunaan harian. Setelah kita mempunyai perkakasan multimedia maka kita haruslah ada perisian komputer bagi memudahkan pekerjaan yang hendak kita lakukan. komputer tanpa adanya software tidak akan dapat berfungsi dengan baik. Software ini dibuat untuk tujuan tertentu. Maksud lain penciptaan software ini adalah untuk memudahkan kerja manusia. Sekarang ini sudah banyak sekali aplikasi yang membantu pekerjaan manusia.
8.0 Rujukan.

Norazlin Mohamed, Ibrahim Ahmad, Mohd Hafiz Zakaria, Muhammad Haziq Lim Abdullah, Farah Nadia Azman, Sharul Badariah Mat Sah, Rusnida Romli, Noraksiken Bakar & Faaizah Shabodin. (2007) Sistem multimedia, Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing.

Jamalludin Harun & zaidatun Tasir. (2003) Pengenalan kepada multimedia, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Jamalludin Harun & zaidatun Tasir. (2005) Multimedia konsep & praktis, Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing.

Zulikha jamaludin & Muhammad shakirin shaarin. (2001) Perkakasan komputer, Bentong: University utara Malaysia sintok.

Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2001) sistem komputer dan aplikasinya, Kuala Lumpur: Venton Publishing.

9.0 Contoh artikel.

Artikel komputer: Artikel Software Komputer

Software atau Perisian adalah satu set arahan yang dijalankan atau dilaksanakan oleh komputer. Perisian ini mengandungi sekumpulan logic yang berfungsi memerintah komputer untuk mengendalikan sesuatu dalam komputer.

Perisian komputer menjadi satu bahagian yang sangat penting dalam melakukan kerja-kerja menggunakan komputer. Software komputer menjadi bahagian yang sangat penting dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan menggunakan komputer. Software office membantu kita mengerjakan pekerjaan pejabat yang berkaitan dengan dokumen pemproses kata, perisian grafik membantu kita mengerjakan pekerjaan-pekerjaan olah gambar, ataupun software multimedia yang membantu kita mengerjakan pekerjaan olah multimedia.Pada masa ini sangat banyak perisian dalam peredaran masyarakat baik yang percuma mahupun yang berbayar. Dalam menentukan perisian yang mana akan kita pakai, ada baiknya membaca artikel-artikel yang berkaitan dengan perisian komputer agar tidak salah memilih perisian komputer. Pelbagai jenis perisian yang boleh kita peroleh sesuai dengan keperluan kita. Sebagai contoh kita boleh mendapatkan perisian pemproses perkataan seperti Microsoft Office, Wordpad, Open Office Writer, Corel Wordprefect untuk keperluan menulis. Ia juga ada Photoshop, Coreldraw, Adobe Tangan saja, Adobe Ilustrator, untuk reka bentuk gambar. Kita juga boleh menggunakan Autocad, SAP, Autodesk Revit Architecture untuk reka bentuk rumah atau bangunan. Selain itu, banyak lagi jenis perisian lain yang boleh kita dapati di artikel perisian komputer seperti perisian untuk memainkan atau memcipta fail multimedia, perisian untuk mengira, dan perisian lain.