1.0 Pengenalan.
Multimedia
ialah satu perkataan yang biasa didengar pada masa ini dan sebenarnya ia sudah
lama digunakan dengan meluasnya Cuma istilah ‘multimedia’ belum wujud lagi pada
ketika itu. Pada hakikatnya, teks, grafik, audio, dan video sudah lama
digunakan untuk mempersembahkan sesuatu maklumat tetapi ada ketika itu,
elemen-eleman tersebut. Setiap media dibangunkan dan disampaikan sebagai unsur
tersendiri dan secara berasingan. Ini menyukarkan proses kesepaduan di antara
elemen-elemen. Masalah ini wujud disebabkan tiada teknologi untuk
menyatupadukan setiap media atau pelbagai media. Kewujuan multimedia dapat
membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Multimedia merupakan satu
teknologi yang boleh menginterasikan pelbagai media untuk membentuk satu
aplikasi yang lengkap. Multimedia merupakan satu perkataan yang mempunyai
maksud yang berbeza bagi setiap individu. Perkataan ‘multimedia’ membawa maksud
berkomunikasi dalam cara yang berbeza. Ini bermakna, sama ada anda perasan atau tidak, sebenarnya anda telah pun membuat
persembahan multimedia. Untuk memahami dengan lebih mendalam tentang
multimedia, adalah sangat penting untuk mendefinisikan multimedia dengan jelas.
2.0 Definisi multimedia.
Perkataan
multimedia adalah berdasarkan dua perkataan utama iaitu multi dan media/medium.
Multi membawa maksud banyak, pelbagai di mana ia menandakan terdapat lebih
daipada sutu media wujud di dalam sesuatu aplikasi. Media pula merujuk kepada
alat atau pengantara untuk menyampaikan atau mempersembahkan sesuatu maklumat
separti teks, grafik, audio, video dan animasi. Secara amnya, multimedia adalah
merupakan komunikasi melalui lebih daripada satu cara.sebagai contoh, satu
komputer digunakan untuk memain dan memaparkan maklumat daripada satu aplikasi
courseware yang menggunkan grafik dan teks untuk mempersembahkan maklumat.
Apabila terdapat sebarang masalah, satu bunyi beep akan kedengaran. Aplikasi
courseware ini menggunakan kombinasi tiga media yang berbeza iaitu teks, grafik
dan audio. Justeru, aplikasi courseware ini dipanggil persembahan multimedia.
Terdapat
pelbagai definisi untuk multimedia. Di antara definisi-definisi tersebut ialah:
·
Jacquetta megarry(1990)
Multimedia ialah hypermedia yang
berkeupayaan hiperteks iaitu penekanan diberi kepada cara-cara menggabung,
menyunting, melaras bunyi, grafik, gambar bergerak, teks dan perisian
komputer dengan penggunaan tetikus.
|
·
Waterworth(1992)
Multimedia ialah persepaduan bunyi,
muzik, animasi, teks, suara,video dan grafik yang dihasilkan oleh teknologi
berasakan komputer.
|
·
Rosenberg(1993)
Multimedia sebagai gabungan imej
statik, bunyi, grafik, hiperteks dan video yang digunakan selaras dengan
teknologi komputer. Multimedia juga ialah suatu kumpulan ahli teknologi
merekacipta sesuatu untuk menarik perhatian dan memuaskan hati mereka sesama
sendiri.
|
·
Gayeski(1993)
Multimedia
sebagai suatu kumpulan media berasaskan komputer dan sistem komunikasi yang
berperanan untuk membina, menyimpan, menghantar, dan menerima informasi
berasakan teks, grafik, audio, dan sebagainya.
|
·
Ron white(1996)
Multimedia sebagai paparan maklumat
yang boleh berkomunikasi dengan bantuan beberapa alat tambahan khasnya dalam
komputer seperti pemacu cakera padat, perakam suara, pembesar suara, kad
audio dan beberapa perisian yang menggunakan cakera padat.
|
·
Halimah badioze zaman
Multimedia sebagai kesepaduan di
antara pelbagai media; teks, numeric, grafik, imej, video animasi dan suara
dalam persekitaran digital, disamping mempunyai keupayaan interaktiviti bagi
membolehkan pengguna mencapai maklumat keperluannya tanpa mengikut urutan.
|
·
ISO14915(2001)
Antaramuka pengguna yang
mengintegrasikan dan menyeragamkam media (media static seperti teks, grafik,
dan media dinamik seperti audio, animasi dan video).
|
·
Aplikasi multimedia
Aplikasi yang dibangunkan dengan
menggabungkan koleksi pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video, dan
animasi dan mempunyai ciri-ciri interaktiviti.
|
Daripada
definisi-definisi yang diberikan, dapatlah disimpulkan bahawa multimedia adalah
satu teknik yang digunakan untuk mengintegrasikan pelbagai media seperti teks,
grafik, audio, video, dan animasi dalam satu persekitaran digital yang
mempunyai ciri-ciri interaktiviti.
3.0 Perkakasan multimedia.
Apabila
membincangkan mengenai perkakasan multimedia,ianya secara tidak langsung
melibatkan beberapa komponen utama seperti sistem komputer serta perkakasan
asanya dan juga perkakasan tambahan yang berkaitan dengan teknologi multimedia
itu sendiri.
Kitaran
IPOS adalah kependekan bagi perkataan input, proses, output dan storan. Ini
disebabkan kesemua peranti ini terlibat secara langsung dengan proses
pembangunan aplikasi multimedia tidak kira sama ada ianya melibatkan
pembangunan perisian kursus multimedia, perisian aplikasi multimedia, animasi,
audio, video dan juga web.
3.1 Komputer
komputer
merujuk kepada komputer mikro yang biasa kita gunakan dalam banyak aktiviti
harian. Sistem komputer ini beroperasi berasaskan pemproses mikro dan mempunyai
papan kekunci untuk kemasukan data, skrin paparan dan peranti storan.
Kebanyakan komputer adalah berasaskan kepada sistem windows dan ini selari
dengan keperluan ramai rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun, di sesetengah
organisasi terutamanya organisasi yang berasaskan penerbitan, percetakan,
grafik, dan multimedia, sistem berasaskan Macintosh lebih digemari. Ini adalah
kerana system tersebut dikatakan sesuai untuk operasi-operasi kerja berasaskan
bidang penerbitan, pencetakan dan juga multimedia.
3.2 Pembesar suara(Speaker)
Pembesar
suara ialah menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi. Pembesar
suara pada peralatan elektrik adalah seperti radio, televisyen, dan lain-lain.
Nilai suara yang dilabelkan dengan nilai mpedans(ohm), nilai kuasa(watt) dan diameter
kon. Bahagian pembesar suara terdiri daripada magnet kekal, teras besi,
gegelung, kerangka dan tamatan.
3.3 Tetikus(Mouse)
Tetikus
ialah peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau
kursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas
permukaan keras dan rata. Tertikus ini amat diperlukan terutamanya sekali
apabila menggunakan sistem pengendalian tetingkap(window). Tertikus memudahkan
seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan aturcara
penerbitan meja. Apabila tertikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan
bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana
tertikus tersebut berada.
Drawing
table adalah perangkat keras(hardware) atau input device computer yang
membolehkan pemakainya untuk menggambar dengan tangan dan memasukkan gambar
atau sketsa langsung ke komputer, layaknya menggambar di atas kertas
menggunakan pensil. Sebuah graphic table terdiri dari tablet digital dan
sebuah kursor ataupun sebuah pena digital (pen). Tablet digital memiliki
permukaan yang pipih sebagai alas gambar yang terdiri atas perlengkapan
elektronik yang dapat mendeteksi gerakan kursor atau pena digital kemudian
menerjemahkannya menjadi sinyal digital yang dikirim langsung ke komputer.
Setiap titik atau gerakan pada tablet merepresentasikan titik atau gerakan pada
layer monitor, inilah yang membedakannya dengan fungsi mouse yang tergantung
pada letak kursor. Hasil gambar tidak akan terlihat pada tablet itu sendiri,
melainkan pada monitor komputer.
3.5 Mikrofon(Microphone)
Mikrofon
adalah untuk mengesan gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang
elektrik. Gelombang elektrik yang terhasil ditinggikan oleh amplifier dan
ditukarkan kepada gelombang bunyi oleh pembesar suara. Binaan mikrofon terdiri
daripada traduser, litar elektronik dan penghadang angin.
3.6 Pencetak(Printer)
Printer adalah suatu alat yang disambung ke paranti
komputer dan mencetak hasil kerja komputer baik berupa teks, gambar ke media
kertas atau seumpamanya. Proses tersebut diperintahkan oleh komputer dan
dikeluarkan melalui selari port untuk melaksanakan tugasnya iaitu mencetak.
3.7 Pengimbas(Scanner)
Peranti
pengimbas merupakan alat yang berupaya menterjemahkan imej, teks, lukisan, dan
gambar foto dalam bentuk konvensional kepada bentuk digital yang difahami oleh
komputer. Pengimbas menggunakan pancaran laser dan peranti foto elektrik untuk
mengimbas teks dan grafik. Hasil imbasan ditukarkan kepada maklumat digital
yang difahami oleh komputer. Imej yang telah melalui proses imbasan ini
kemudiannya akan di manupulasikan mengikut rasa agar menepati konsep atau
kegunaan sesebuah aplikasi multimedia yang hendak dibangunkan. Terdapat
beberapa jenis pengimbas yang utama dan setiap satu memainkan perana yang
berbeza.
4.0 Perisian komputer.
4.1
Adobe flash
Adobe Flash (Macromedia Flash) adalah salah
satu perisian komputer yang merupakan produk pilihan Adobe Systems. Adobe Flash
digunakan untuk membuat gambar vektor dan animasi gambar tersebut. Fail yang
dihasilkan daripada perisian ini mempunyai file extension. Swf dan boleh
dimainkan di pelayar web yang telah dipasang Adobe Flash Player. Flash menggunakan
bahasa pengaturcaraan bernama ActionScript yang muncul pertama kalinya pada Flash
5.
4.2 Autodesk maya
Autodesk
maya biasanya dipendekkan kepada Maya, adalah komputer 3D perisian grafik yang
digunakan pada Windows, Mac OS dan Linux, asalnya dibangunkan oleh Alias sistem
Corporation(alias wavefront) dan kini dimiliki dan dibangunkan oleh Autodesk,
Inc. ia digunakan untuk mencipta aplikasi 3D interaktif, termasuk permainan
video, filem animasi, siri TV atau kesan visual.
4.3
Blender
Blender adalah produk perisian grafik
komputer 3D yang percuma dan sumber terbuka yang digunakan untuk mencipta filem
animasi, kesan visual, seni, 3D model bercetak, aplikasi 3D interaktif dan
permainan video. Ciri-ciri blender termasuk model 3D, UV simulasi membuka bungkus,
penteksturan, dan sebagainya. Ia juga mempunyai enjin permainan yang terbina di
dalamnya.
4.4
3D Studio max
3D studio max(3ds max atau MAX) adalah satu
program grafik komputer 3D untuk membuat animasi 3D, model dan imej. Ia
dibangunkan dan dihasilakan oleh autodesk media dan hiburan. Mempunyai seni
bina plunging yang fleksibel dan bleh digunakan pada platform Microsoft
Windows. Ia sering digunakan oleh pemaju permaninan video, studio TV komersial,
dan studio senibina visualisasi. Ia juga digunakan untuk kesan filem dan filem
dan filem pra-visualisasi.
4.5
Seni ilusi(Art of illusion)
Seni ilusi adalah satu pakej perisian yang
digunakan untuk model 3D, perteksturan, mengesan sinar dan animasi(filem). Seni
ilusi mempunyai ciri-ciri seperti pemetaan tekstur dan pemodelan Boolean, yang
standing dengan lain-lain perisisan grafik komersial yang tinggi. Sebahagian
dari ciri-ciri seperti penggunaan pracetak dan alat muat turun yang terbina
dalam untuk memasang sambungan yang tidak terdapat dalam perisian pemilik yang
serupa.
5.0
Peranan dan tanggungjawab pengurusan kerja.
Pada kebiasannya, perana dan tanggungjawab di
dalam proses pembangunan projek multimedia terdiri daripada beberapa tugas
seperti merancang, merekabentuk, membangun, melaksana dan menilai sesuatu
produk multimedia. Dalam sesuatu projek multimedia ia akan diketuai oleh
seorang pengurus projek atau penerbit dan dibantu oleh beberapa ahli yang lain
seperti pengurus akaun, pengarah seni, pengurus ujian dan pengarah teknikal.
5.1
Pengurus projek atau penerbit
Pengurus projek atau penerbit merupakan
seorang yang bertanggungjawab ke atas keseluruhan pembangunan dan pelaksanaan
sesuatu projek multimedia dari pembentukan asas sesuatu konsep projek sehingga ke proses
perlaksanaan. Ia juga perlu memastikan setiap fasa pembangunan berjalan
mengikut seperti yang dijadualkan agar projek dapat diselesaikan dan diserahkan
mengikut ketetapan dan perancangan yang ditetapkan.
Selain itu, pengurus projek juga berperana
dalam penyediaan belanjawan, pengurusan sumber, perihal pekerja dan urusan
undang-undang yang melibatkan urusan kontrak di antara kedua-dua pihak serta
urusan hakcipta. Pengurusan projek harus memastikan setiap perbelanjaan perlu
seimbang dengan belanjawan yang digariskan supaya projek tersebut memperoleh
keuntungan kepada syarikat.
Seperti kebiasaannya, pengurusan projek juga
akan menjadi pembuat keputusan dalam segala hal yang berkaitan dengan projek.
Segala masalah yang tidak dapat diselesaikan di peringakat pengarah lain akan
dirujuk kepadanya untuk menyelesaikan konflik yang wujud di kalangan
pekerja-pekerjanya kerana kegagalan menyelesaikan konflik tersebut akan
mengakibatkan kerja berpasukan yang memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat
tidak dapat direalisasikan.
5.2
Pengarah kreatif
Pengarah kreatif bertanggungjawab terhadap
keseluruhan kualiti dan juga kesahan media atau sumber yang digunakan bagi
tujuan pembangunan. Pengarah kreatif juga perlu membabitkan diri dalam semua
perkara atau aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan aplikasi multimedia
terutamnya dalam memperkukuhkan proses reka bentuk agar sentiasa menepati mutu
dan tahap yang dikehendaki. Walaupun pengarah kreatif mungkin tidak mempunyai
hak sepenuhnya dalam membuat keputusan bagi menentukan reka bentuk yang akan
digunakan kerana ia biasanya diletakkan dibawah pengawasan pereka bentuk
antaramuka, namun sedikit sebanyak mereka perlu terlibat sama dalam projek
secara berkmpulan.
5.3
Pengarah seni
Seorang pengarah seni adalah
bertangggungjawab sepenuhnya di dalam kerja-kerja seni sesuatu projek. Ini
adalah termasuk reka bentuk grafik dan karya visual lain seperti audio,video
dan animasi. Pengarah seni harus memastikan bahawa karya seni yang digunakan
adalah bersesuaian dan konsisten dengan kualiti serta dapat memelihara tema
sesuatu projek itu. Pengarah seni bukan hanya memerhatikan kerja seni tersebut
dilakukan oleh kakitangannya, tetapi juga harus sama-sama melahirkan idea-idea
bernas dan kreatif.
5.4
Pengarah teknikal
Pengarah teknikal juga bertanggungjawab dalam
membuat perancangan seperti pengurus projek dan pengarah seni namun ia hanya
tertumpu dalam aspek teknikal sahaja. Beliau akan terlibat dari perancangan
sehingga proses pengujian dan penyelenggaraan. Pengarah teknikal juga
bertanggungjawab mengawal selia pengaturcara, perekabentuk pangkala data,
perekabentuk berarahan dan penganimasi 2D atau 3D.
Pengarah teknikal perlu memastikan setiap
perancangan berkaitan bidang teknikal berjalan mengikut perancangan dan
sistematik untuk setiap fasa pembangunan projek multimedia. Setiap perisian dan
perkakasan untuk pembangunan projek multimedia tersebut perlu memenuhi
spesifikasi dan mampu menghasilkan projek multimedia yang berkualiti dan
konsisten apabila dilaksanakan kelak.
5.5
Pereka grafik
Di dalam sesuatu pembangunan produk
multimedia, pereka grafik berperana dalam menghasilkan keseluruhan keperluan
visual seperti grafik, illustrasi dan fotografi. Setiap elemen visual perlu
mempunyai keseimbangan dari aspek rekabentuk skrin, warna dan menepati konsep
dan metafora sesuatu visual. Pereka grafik perlu berkerjasama dengan pengarah
seni bagi menghasilkan sesuatu keperluan visual yang baik dan menepati
spesifikasi projek multimedia yang dibangunkan seperti format, saiz, dan
sebagainya bagi melancarkan segala proses diperingkat teknikal yang memerlukan
penggunaan visual di dalam aplikasi
5.6
Pakar audio
Pakar audio atau bunyi merupakan seorang atau
sekumpulan individu yang memainkan perana sebagai penerbit audio, jurutera
audio, penyunting audio dan juga penyelidikan audio. Pakar audio bertanggungjawab
dalam mencipta atau menyunting elemen audio seperti muzik, kesan bunyi,
suara(vokal) dan juga suara latar yang diperukan. Mereka selalunya
bertanggungjawab menggunakan khidmat profesional yang lain seperti pencipta
lagu, ahli muzik, penyanyi ataupun penyunting lagu.
5.7
Pakar video
Pakar video merupakan seorang yang mampu
mengendalikan peralatan video untuk merakam video yang bermutu dengan
menggunakan pelbagai teknik penggambaran. Bagi menghasilkan sesuatu video yang
berkualiti, pakar video perlu bekerjasama dengan juruteknik cahaya dan pakar
audio. Ini kerana mereka akan memastikan video yang dirakam akan mengambil kira
aspek pencahayaan dan audio iaitu cahaya yang diperlukan tidak melebihi atau
kekurangan dari had yang diperlukan. Sekiranya perkara ini berlaku ia akan
menjejaskan kualiti video yang dirakam. Audio yang kurang jelas akan
menjejaskan kualiti video yang dirakam. Jadi pakar audio perlu bekerjasama dengan
pakar video untuk menghasilkan video yang berkualiti. Selain itu, pakar video
perlu berkemahiran dan mempunyai daya kreativiti yang tinggi.
5.8
Pengaturcara
Pengaturcara merupakan seorang yang
bertanggungjawab dalam menulis kod aturcara atau bahasa pengarah(scripting)
yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi multimedia menggunakan
paparan pengguna(user interface). Pengaturcara akan menterjemah keperluan
spesifikasi pengguna kepada kod aturcara untuk merealisasiskan keperluan
tersebut dalam bentuk aplikasi multimedia. Di antara bahasa pengaturcaraan
seperti C++, Java, Visusal Basic manakala bahasa pengarangan adalah Action
Script, Lingo Script, Max Script dan sebagainya.
5.9
Penganimasi 2D dan 3D
Penganimasi 2D dan 3D berperanan dalam penghasilan
animasi imej statik kepada imej
beranimasi atau mempunyai pergeraka dalam bentuk 2D atau 3D dimana kepakaran
untuk kedua-dua bidang ini berbeza dengan penggunaan pelbagai perisian yang
berada di pasaran. Setiap perisian animasi 2D dan 3D mempunyai kelebihan yang
tersendiri untuk memenuhi keperluan projek.
Bagi menghasilkan animasi 2D atau 3D yang
bermutu, penganimasi perlu mempunyai kepakaran untuk melukis dangan mengunakan
perisian serta mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam teknik-teknik
penganimasian.
6.0
Kaitan antara perkakas dan perisian dengan produk multimedia.
Bagi membolehkan seseorang bekerja dengan
elemen multimedia dengan lebih selesa, pengetahuan tentang sistem perisian dan
perkakasan komputer amatlah diperlukan. Set asas peralatan untuk membangunkan
projek multimedia mengandungi satu atau lebih sistem pengarangan dan pelbagai
aplikasi pengedit untuk teks, imej, bunyi dan video. Beberapa aplikasi tambahan
juga berguna untuk menangkap imej daripada skrin, menukar format fail dan
memindahkan fail antara beberapa komputer. Perisian dalam perkakasan peralatan
multimedia dan kemahiran menggunakannya menentukan kerja multimedia yang boleh
dihasikan termasuk sejauh mana kualiti render yang baik dan menarik boleh
dilakukan. Membina persembahan multimedia yang baik bermakna memilih laluan
yang Berjaya melalui kebajiran perisian. Pembangun multimedia hendaklah
memastikan peralatan pembangunan sentiasa dikemaskini apabila perisian baru
atau persekitaran baru muncul. Ini bagi memastikan bagaimana sistem tersebut
beroperasi dapat dikuasai pada peringkat akar umbi.
Artikel komputer: Artikel Software Komputer
7.0
Ringkasan artikel.
Artikal yang saya dapat ini menceritakan betapa
pentingnye perisian komputer yang kita pilih untuk kegunaan harian. Setelah kita
mempunyai perkakasan multimedia maka kita haruslah ada perisian komputer bagi memudahkan
pekerjaan yang hendak kita lakukan. komputer tanpa adanya software tidak akan dapat
berfungsi dengan baik. Software ini dibuat untuk tujuan tertentu. Maksud lain penciptaan
software ini adalah untuk memudahkan kerja manusia. Sekarang ini sudah banyak sekali
aplikasi yang membantu pekerjaan manusia.
8.0
Rujukan.
Norazlin Mohamed, Ibrahim Ahmad, Mohd Hafiz
Zakaria, Muhammad Haziq Lim Abdullah, Farah Nadia Azman, Sharul Badariah Mat
Sah, Rusnida Romli, Noraksiken Bakar & Faaizah Shabodin. (2007) Sistem multimedia, Selangor Darul
Ehsan: Venton Publishing.
Jamalludin Harun & zaidatun Tasir. (2003)
Pengenalan kepada multimedia, Kuala
Lumpur: Venton Publishing.
Jamalludin Harun & zaidatun Tasir. (2005)
Multimedia konsep & praktis,
Selangor Darul Ehsan: Venton Publishing.
Zulikha jamaludin & Muhammad shakirin
shaarin. (2001) Perkakasan komputer,
Bentong: University utara Malaysia sintok.
Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali,
Jamalludin Harun, Zaidatun Tasir. (2001) sistem
komputer dan aplikasinya, Kuala
Lumpur: Venton Publishing.
9.0 Contoh artikel.
Artikel komputer: Artikel Software Komputer
Software
atau Perisian adalah satu set arahan yang dijalankan atau dilaksanakan oleh
komputer. Perisian ini mengandungi sekumpulan logic yang berfungsi memerintah
komputer untuk mengendalikan sesuatu dalam komputer.
Perisian
komputer menjadi satu bahagian yang sangat penting dalam melakukan kerja-kerja
menggunakan komputer. Software komputer menjadi bahagian yang sangat
penting dalam melakukan
pekerjaan-pekerjaan menggunakan komputer. Software
office membantu kita
mengerjakan pekerjaan pejabat yang berkaitan
dengan dokumen pemproses
kata, perisian grafik
membantu kita mengerjakan
pekerjaan-pekerjaan olah gambar, ataupun
software multimedia yang membantu kita
mengerjakan pekerjaan olah multimedia.Pada masa ini sangat banyak perisian dalam
peredaran masyarakat baik yang percuma mahupun yang berbayar. Dalam menentukan
perisian yang mana akan kita pakai, ada baiknya membaca artikel-artikel yang
berkaitan dengan perisian komputer agar tidak salah memilih perisian komputer. Pelbagai jenis perisian yang boleh kita peroleh
sesuai dengan keperluan
kita. Sebagai contoh kita boleh mendapatkan
perisian pemproses perkataan seperti Microsoft
Office, Wordpad, Open
Office Writer, Corel
Wordprefect untuk keperluan menulis. Ia juga ada Photoshop, Coreldraw, Adobe
Tangan saja, Adobe Ilustrator, untuk reka
bentuk gambar. Kita juga boleh
menggunakan Autocad, SAP, Autodesk Revit Architecture
untuk reka bentuk rumah atau bangunan. Selain itu, banyak lagi
jenis perisian lain
yang boleh kita
dapati di artikel
perisian komputer seperti perisian untuk
memainkan atau memcipta
fail multimedia, perisian
untuk mengira, dan
perisian lain.